Monday, November 2, 2009

Review Konsert Dan Hubung Kaitnya Dengan Karma

Saya malas review. Jawab exam tadi macam gampang. Tak boleh jawab. Carry mark Statistik macam saya tak pernah datang kelas langsung. Saya cuma tak datang 6 kali je baru. Mungkin balasan untuk terlalu foya foya di sebuah konsert mat saleh yang best-makwe-hot-dedah-sana-dedah-sini-pakwe-muka-tak-kene-ngan-makwe-makwe-makwe-cakap-omputih. Kalau saya pergi ke tempat yang lebih tidak terdedah, macam Rumah Pena misalnya, mungkin saya dapat jawab ekzeminasyen tadi dengan baek. Kawan saya seorang Liverpool ada mengajak ke tempat yang tidak terdedah sangat itu, tapi, talipon bimbitnya hilang, kakaknya marahnya, jadi, saya tidak dapat berhubung dengannya. Tetapi, saya berbangga kerana kawan saya itu, Mael punye review beliau pergi Maskara terpampang di dada dada Sindiket Soljah. Tahniah kawan saya Mael. Saya sayang awak juga. Dan saya menyesal tak ikut kawan Liverpool saya itu kalah, er, maksud saya, pergi ke Maskara hanya kerana sebuah band Semua Amerika Ditolak datang. Jadi, jangan lepaskan Maskara, biarpun bermaksud awak terpaksa melepaskan sebuah konsert-band-oversea-makwe-hot-pakai-skirt-kalu-tak-pergi-awak-tak-kool. Sebab Maskara lagi kool. (Saya bercakap dari sisi hati saya yang kecewa).

P/S: Tapi, kenape Benitez cakap trofi tidak membuktikan apa apa, sedangkan beliau menggilai EPL di awal musim. Owh, Benitez menggilai sesuatu yang tiada nilai mungkin.

2 comments: