Thierry 'Honest' Honry: Guna jari pun boleh.
Makanya, beliau sememangnya tangan tangankan bola itu supaya tidak out. Kemudian, beliau berkata ianya adalah dada, bukan tangan. Sejurus selepas perlawanan, beliau bertemu dengan Richard Dunne ( Ireland dan Aston Villa) dan mengakui bahawa ianya adalah tangan beliau, tetapi bukan salah beliau. Ianya adalah salah referee. Baiklah Encik Thierry 'Va Va Voom' Henry, mengapa perlu berlaku jujur bukan, jika kemenangan adalah segalanya. Jadi, pembaca, yang mana lebih penting? Matlamat atau pekerti? Dan bola itu masih berkisar kehidupan. Ianya bukanlah segala galanya. Di saat pemain lain akan dikenakan kad kuning kerana menggunakan tangan, Henry pula dikenakan status hero kerana membawa negaranya ke WC. Terlalu susahkah untuk video-technology?
P/S: Lihat ragbi. Pemain mereka dive, menggunakan tangan, malah melakukan terjahan demi terjahan, tetapi tiada kompelin. Kerana? Mereka menggunakan video-technology.
ah pedulikan..
ReplyDeletetahun dpan france pny WC..