Masa: Sabtu malam dan Rabu malam
Lokasi: Di suatu tempat berpadang di Uzbekistan, Portugal dan Malaysia Betul Betul Asia pada hari Rabu. (Ya, kompilasi, kerana skorline nya sama).
Tarikh: November 2009
Uzbekistan: Mensasarkan tiga mata penuh untuk meraih tempat ke Piala Asia 2011
Quote jurulatih: Walaupun tanpa Ronaldo, kami tetap membariskan pemain terbaik kami kerana Malaysia lawan yang kami hormati
Malaysia: Mensasarkan mata-mata penuh peminat untuk melihat masa depan.
Quote jurulatih: Saya meletakkan pemain pemain muda supaya dalam tempoh 3 4 tahun lagi mereka ini yang akan meneraju kita entah ke mana.
Ulasan saya: Hal yang sama juga berlaku kepada Norizan Bakar, Abu Bakar Atan, Alan Harris, B. Sathianathan dan beberapa jurulatih kebangsaan. Mereka meletakkan pemain muda untuk menimba pengalaman di pentas antarabangsa bagi menempuh duri ranjau dalam bercinta, lumrah dunia, sayang menyayang, saling percaya, puncak kasih berpanjangan. Tanya Jamal Abdillah dan Azura, dan Siti Sarah. Kalau lepas 3 4 tahun, tukar jurulatih, dan beliau juga menggunakan alasan pemain muda akan datang? Kalau macam ini, saya sudah tak sabar nak tengok filem Zaquan Adha, Aidil Adha dan Rita Rudaini dan Ayu Raudhah. Untung untung diorang menyanyi semula lagu tadi.
P/S: Quote di-paraphrase. Lecturer pesan. Kalau tak, kena tolak markah.
No comments:
Post a Comment