“Hello Assalamualaikum.” Manis suaranya semanis wajah. Dan lebih manis kerana pekertinya. Suara itulah yang menjadi penenang jiwanya setiap malam, dan sepanjang malam malam mereka berbual, waktu yang berlalu terasa terlalu singkat. Sepurnama dirasakan semalam sahaja. (Jangan main gila sangat la, jadahnya talipon sampai sebulan kan?)
“Waalaikumussalam. Hai Zainab, watpe tu?” Seperti sebelumnya, begitulah pembuka perbualan antara Taufik dan Zainab. Mereka seperti tiada noktah ketika berbicara. Kisah sekolah, kisah universiti, jiwang jiwang, makanan, keluarga, bola, ada saja yang dikupas mereka berdua. Dan bagi Taufik, inilah waktu yang paling tersenyum beliau dalam sehari selain menang loteri. Dan dia sentiasa sahaja mengharapkan yang sama juga dirasai oleh Zainab, tetapi dia tahu hal sebenarnya.
Taufik mencelah di tengah tengah perbualan meraka, “Hm, Farid tak call awak ke malam ni?” Walaupun pahit, dia tetap sentiasa bertanyakan tentang Farid.
“Kejap lagi kot, hehe..” jawab Zainab. Ya, malam malam Zainab sememangnya dipenuhi dengan masa menunggu panggilan dari Farid, buah hati beliau.
“Ha, ni dia tengah call, tapi waiting. Malas nak angkat, nak borak borak ngan awak dulu,” Zainab menambah. Wajah Taufik serta merta berubah, namun dia sedar.
“Da lah, gi lah jawab, nanti kang dia marah pulak,” Taufik cuba merendah diri-redha-pasrah dengan keadaan, walaupun dia sebolehnya tidak mahu kawannya itu meletakkan gagang talipon bimbit Nokia 5300 nya.
“Ala, tak pe lah, borak dengan awak dulu. Biar dia tunggu. Hehe.” Zainab tahu buah hatinya tidak akan pernah memarahinya. Bukan niat untuk mempermain, tetapi sekadar menguji. Dan Taufik sejujurnya gembira kerana masa untuk dia berbual bersama Zainab masih ada, tetapi sebagai seorang lelaki, dia tahu akan hati Farid yang mendapati kekasihnya sedang bergayut dengan lelaki lain.
Terus saja Taufik mencelah menyuruh Zainab menjawab, dan seperti tadi, dia masih mengharap Zainab tidak menjawab.
“Ok.” Tut…tut…tut… Talian dimatikan, begitu juga perasaan Taufik. Namun, apakan daya, dia sedar, dia bukanlah sesiapa dalam dunia ini. Gadis yang mencuri hatinya sejak kali pertama dia dengan tidak malunya menumpang pulang ke rumah. Tetapi, gadis itu terlalu muda lagi. Jadi, dia hanya memendam sendirian, dengan kiranya akan diberitahu setahun dua lagi. Dan selepas setahun dua, gadis itu jugalah yang sedikit sebanyak berkongsi rahsia antara dia dan Farid, kawan Taufik. Taufik sentiasa senyum dan ketawa dengan setiap patah tutur dari Zainab walau hati tidak. Dan mendoakan bahawa mereka sentiasa bahagia.
Tiba-tiba Taufik…
P/S: Nama dan cerita adalah rekaan sama sekali. Kalau kait kait tu, biasa lah, cerita pasal kehidupan.
BEST ARH.KA WAT KE KE COPY
ReplyDeletepe barang kopi. reke la. haha.
ReplyDeletesambung2
ReplyDeleteHah, ni da maen enonimes ni. Bedebar aku. Tah tah Cikgu BM kelas 4 Wira dulu tak?
ReplyDelete