Friday, April 16, 2010

American Idol

Hanya selangkah untuk aku tiba ke destinasi. Perjalanan berpuluh tahun kian ke penamat, dan aku mengharapkan sekuntum senyuman membalas kesabaran. Tetapi senyuman itu tiada. Yang ku harapkan sebelum memulakan langkah dahulu, jauh berbeza. Kegembiraan, senyuman, kepuasan, seperti terlalu jauh dari capaian tangan. Apakah impian aku selama ini hanyalah sia sia?
Ok. Aku berbahasa seperti novel. Novel cinta meleweh leweh. Bukan cinta ala ala Ayat Ayat Cinta mahupun Ketika Cinta Bertasbih. Oh, tidak juga Ku Tunggu Jandamu nyanyian sape die entah. Novel Nobat Kasih (Tongkat Jibril), Kembali Ke Daerah Ini (Hameer Habeeb) mahupun novel novel siri penyiasatan tidak terlintas.

Mari kita berbahasa normal. Langkahan dan perjalanan yang cuba aku maksudkan adalah perjalanan hidup, bukannya menyertai realiti TV atau sebarang Idola Amerika. idola Kecil juga bukan. Di awal perjalanan belasan tahun dahulu, impian aku adalah satu. Menjadi dewasa. Boleh pergi kerja. Cari duit sendiri. Beli eskrim, atromen, karipap kedai nenek dan Tora Datang Lagi menggunakan duit sendiri. Tak perlu lagi hentak hentak kaki sambil tutup muke merajuk di sudut rumah untuk meminta abah belikan semua itu. Masih belum mengerti bahawa abah mencari rezeki untuk isi rumah dan masa depan aku, (dan kadang kadang gelang emas Hameer Habeeb Juwel untuk emak), dan dah tentu tentu Tora Datang Balik Semula tiada dalam belanjawan rumah bulanan beliau. Emak sedang lipat kain.

Aku mahu menjadi dewasa yang kelihatan segak bertali leher baju masuk dalam seluar, pegang beg bimbit menuju ke pintu, cium bini tepi pintu rumah, anak menangis mahu ikut pergi keje dan pegi keje sambil mengorat sekuriti. Er, sekereteri. Setiausaha. Ok, tak baik, I know ok, I tak jahat. U ni gedik betol. Back to business. Aku mahu memandu ke pejabat, mendengar radio kesukaan, berada dalam kesesakan lalu lintas (what the fishmonger!) dan makan nasi bungkus. Aku mahukan kehidupan dewasa itu. Aku sudah bosan dengan kehidupan kanak kanak lari masuk longkang main lori bomba ini!

Sekarang, aku hanya selangkah untuk memasuki dunia itu. Alam pekerjaan sebagai mukadimah. Segala cita cita semasa kecil aku. Tetapi, aku terlalu gusar untuk memasuki dunia impian aku. Aku berpaling ke belakang, dan aku lihat kembali segala perjalanan yang aku kurang hargai demi mengejar cita cita ini. Aku berpaling dan terlihat kembali longkang dan lori bomba. Aku nampak pokok manggis yang aku panjat, kawan perempuan yang jatuh basikal sebab aku tolak (gangster kan?), rokok daun yang aku hisap. Lagi, aku Nampak warden yang aku maki hari hari (dalam hati), selimut yang aku tidur untuk escape subuh, padang sekolah yang aku lari menangkap belalang (Semsas ada belalang. Tanye Sulin Anak Bonet kalau tak percaya). Aku nampak aku, yang kononnya memikirkan soal masa depan. Kononnya. Yang sedang bermain lori bomba sambil bercita cita untuk menjadi ahli bomba yang suci. Tiada perkataan rasuah dalam diri ketika itu.

Ok. Aku rindu masa kecik. Ini semua Raby punya pasal, duk cerita zaman zaman mandi bogel. Daa….! Aku rindu, tetapi aku belum cukup kaya untuk membeli mesin masa dan berpatah balik ke belakang.

Motif? Ok. Entri aku panjang. Pengajarannya, hargai masa yang ada, dan jangan buat kerja dan study last last minit sangat. Nanti tension, mula r melalut panjang panjang dekat blog. Nasib baik aku dah renew road tax blog ni.

Ok. Masa kecik kecik tiada American Idol mahupun AF( Akademi Fuck-ntasia). Ada Bintang RTM ja. Masa dulu tengok Kak Siti sama Jamal Abdilah nyanyi. Rosyam Nor pun tak silap aku bekas Bintang RTM. Kalau rasa bosan sikit, tengok Lan Pet Pet buat bunyi kambing dekat Sinaran Paspot Kegemilangan.

2 comments:

  1. HAHA
    gamba kecik kecik men lori bomba tadek?

    ReplyDelete
  2. Bace novel nobat kasih? oh, lupe, budak SEMSAS.

    Ke kawan dengan TJ?

    ReplyDelete