Monday, December 6, 2010

Azam

Ok, ini adalah sekuel post sebelum ini. Pertama, aku tertanya tanya. Binatang azam ni apa dia sebenarnya? Dia sama dengan impian tak?

Ok lah. Untuk azam aku yang baru, aku listkan di bawah. Aku ber-decide untuk post dekat blog pasal selepas beberapa belas tahun aku berazam, aku tak pernah ingat pun binatang apa yang aku azamkan.

Senarai azam azam saya:

Azam Tahun Baru Saya

1. Kurus. Ok. Binatang ni memang payah nak capai. Last aku rasa aku kurus Tahun 2007, zaman zaman sekolah SPM. Berat aku pernah lah area area 60-63 kilo. Sekarang 13 tan. Jadi, azam ni memang paling liat.

2. RM 10 ribu. Hm, yang ini, Insyaallah boleh capai kot. Tapi, itu lah. Kena cari bisnes la. Kalau lepas graduate nanti aku sambung kerja ada rezeki, aku try sedaya upaya azam yang satu ini. Caranya? Selain kerja, aku juga merancang untuk duduk rumah mak bapak aku sampai anak ada lapan orang.

3. Kereta. Setakat ini, memang kereta yang aku mahu hanyalah Viva. Ok, kalau kereta impian, antara MyVi Proton Saga gitu gitu saja lah. Pasal untuk mencapai azam no. 2, memang haram aku berangan pakai Toyo Supra.

4. Supra? Memang aku takkan berazam nak beli Supra sepasang. Tapi tengok Will.I.Am shuffle itu hari pakai Supra macam macho jugak. Ah!

5. Rumah? NO!

6. Kahwin? Ok, yang ini memang tak boleh bawa berbual macam benda lain. Hal hal jodoh di tangan Dia. Tapi kalau rasa rasa macam wajib tu, nak buat macam mana kan? Kehkehkeh.

7. Ok, sesat sekejap. Siapa siapa rasa nak jual tanah, atau ada kenalan nak jual tanah, dan nak carikan pembeli, boleh roger sama aku.

8. Lagi azam? Ah, entah. Kau orang tolong cadangkan lah. Boleh?

*Tambahan.

Tadi makwe aku tanya, taknak sambung degree ke? Ok, sepertimana orang orang lain yang duduk tanya aku pasal sambung degree ni. Aku memang malas sambung degree. Pasal nanti sambung lambat kerja. Kerja sekarang dah rare. Macam peti suara. Tapi, itu hari aku ada ter-berborak sama Cikgu Yanti dan Cikgu Rihana, eyh, Rohana. Depa kata, sambung degree bukan untuk kerja, tetapi untuk kemajuan tahap pemikiran. Poh!

Jadi, bergantung pada rezeki, aku mungkin akan kerja setahun, lepastu kalau ada rezeki, aku sambung degree. Rezeki Tuhan belaka. Dan moga rezeki murah, tercampaklah aku untuk sambung ke Australia ke, Zimbabwe ke. Sekian, tolonglah jangan siapa siapa lagi lepas ni hasut aku untuk sambung terus. Aku tahu kalau kerja dulu nanti malas belajar, tapi aku tetap nak cuba.



Peti suara rare. Gambar aku curi dari Nemba. Harap halal Nemba.

4 comments:

  1. oke rare abes ahh peti suara tuh. haha

    kawen tuh yg ku tak sabaq. jgn lupa jmpt aku.

    ReplyDelete
  2. gua pun nak buat entri pasal taun baru ni.. eh.. binatang tu.. aku dia dan binatang ke?












    p/s: azraei.. sambung belajar tu tak pernah mendatangkan kerugian.. insyaAllah.. nasihat sempena tahun baru..

    ReplyDelete
  3. Iya iya. Aku tak cakap pun aku taknak sambung belajar. Cuma aku ingat nak terjun dalam pengalaman bekerja sekejap. Cewaah. Haha

    Shasha, aku akan jemput hang. Jangan risau. Sebab tak dak sapa nak tolong basuhkan pinggan nanti. Haha

    ReplyDelete