Tuesday, November 30, 2010

El Classico Mundo Mando Diao

" Mungkin inikah, yang dinamakan cinta, hati gembira rasa, bla bla bla lalala~"

Kedengaran musik alarm aku berkumandang yang diset jam 4 a.m. Sambil membayangkan Juliana Evans dalam iklan Cornetto Love, aku bingkas bangun dan menapak keluar ke televisen.

Sudah terpampang di televisen perlawanan El Classico Mundo dipasang oleh adik laki aku. Barcelona versus Real Madrid. Aku capai selimut sebatang, dan baring sedap sedap atas lantai.

Masuk 2-0, dalam minit 40, aku tengok game jadi tegang. Memang tegang, dah lah sejuk walaupun berselimut. Lalu, melangkah aku ke dapur dan capai balang koko krunch lalu menuang koko krunch koko krunch tadi bukan ke ladang gandum tapi ke dalam mangkuk aku. Kemudian, susu. Ah, perfect!

Ok, review game ni hangpa cari la dekat laman web laman web yang patut. Cuma, apa yang dapat aku review dari game ini adalah ini!




Xabi Alonso, pemain Real Madrid, frust kalah sama Barcelona, bekas pemain manager lagenda Rafa Benitez




Xabi Alonso ketika menjadi seorang pelakon. Pelakon Footloose dan Hollow Man. Ok, tipu. Ini Kevin Bacon. Aku rasa Xabi Alonso ada iras dia. Ke tak?






Angel Di Maria, pemain Argentina, bekas pemain Benfica, kini bersama Real Madrid. Lawan Barcelona main tak best langsung.






Angel Di Maria dalam suit. Berlakon dalam Avatar Legend of Aang dan Slumdog Millionaire. Ok, aku tipu lagi. Dev Patel.



Ah, ke aku sorang je rasa diorang ni nampak seiras? Ah, lantak la. Janji koko krunch ni memang sedap kalau makan sama susu sejuk.

Monday, November 29, 2010

Untuk Review Liga Inggeris Minggu Ini

Semua pasukan berjaya menjaringkan gol. Ya, menjaringkan gol!

Even Blackburn pun tidak mahu dipalit malu apabila tetap menjaringkan gol walaupun dibenam 7-0.

Mendahului carta adalah Berbatov dengan 5 gol, dan tidak ketinggalan dalam carta adalah Martin Skrtel, pemain Liverpool, sebuah kelab yang dikhabarkan sebagai lagenda. Macam naga dan burung dodo. Martin Skrtel menjaringkan 2 gol. Hebat. Tepuk tangan!

Saturday, November 27, 2010

Anders Lindegaard

Yes, namanya sangat Europe. Dannish to be specific. And he had recently signed for Man United. Seems to be the replacement for Edwin Van Der Sar.

Secara jujur, aku masih doubt kebolehan dia, pasal selain 4 caps with Denmark national team, pengalamannya hanyalah di peringkat liga Denmark.

Direct replacement, I hope not, because Kuszczak aku rasa perlu diberi peluang untuk menjadi nombor satu sebagai balasan ke atas kesetiaannya bersama Man United selama beberapa season sebagai back-up Van Der Sar. Kuszczak pun jarang melakukan kesilapan kesilapan pelik pelik macam keeper keeper Arsenal. Jadi, dia layak diberi peluang. Untuk Lindegaard pula, selayaknya diberi peranan back-up dahulu kepada Kuszczak selama beberapa season untuk belajar selok belok liga Inggeris.

Ok, aku tahu. Alex Ferguson bukan baca pun aku tulis. Aku tulis ni saja saja pasal bosan. Kau orang pun mesti baca saja saja sampai bosan. Tapi kalau bosan sampai marah, maaf. Aku bukan saja saja buat kau orang marah.

Aku ingat nak letak gambar, tapi malas. Kau orang cari la. Eja elok elok. Anders Lindegaard. Senang sikit la dari Tomasz Kuzsczskcsak tu.

Friday, November 26, 2010

Dan Sebenarnya...

Ini bukan Yunalis Zarai.

Sebenarnya, tak adalah best sangat pun kalau jadi umur puluh puluhan ni.

Nasib baik aku tak ingat tahun berapa aku lahir. So, still 18, still 18.

Thursday, November 25, 2010

Alam Manusia Di Bumi, Alam Angan Angan Di Rozmey

Ok, terus aku dapat mood nak menulis.

Siapa ada terbaca di Google mana mana, akan ternampak ikon 1Malaysia dR. Rozmey mengaku filemnya mengutip RM 2 juta pada hari pertama! Auuwww. Kelas you gitu.

Ya, itu katanya. Kalau mahu benar, kita kena ambil view 2 3 pihak untuk mendapatkan kebenaran yang tulus. Ye dak? Jadi mari kita review, mari mari.

Memandangkan aku belum tengok dan takkan pun tengok, jadi kita ambil pendapat wartawan yang rata rata lebih tahu menilai buruk baik sebuah filem.

Pertamanya, mamat-berlagak-rambut-macam-Justin-Bieber ini menyentuh tentang MELAYU. Yes, syukur aku masuk UiTM, aku sangat sensitif isu bangsa Melayu kerana Melayu itu Islam. Mamat-berlagak-rambut-macam-Justin-Bieber ini katanya industri filem tempatan sekarang hanya menjatuhkan bangsa Melayu dan wartawan pula tidak banyak memperjuangkan bangsa. Katanya lagi filemnya banyak menerapkan unsur kemajuan bangsa. Ready? WHAT-THE-FUCKINGSTON man! Based on banyak wartawan, cerita yang mengantuknya kalahkan drama dan 5 minit pertama dah ada muka dia sahaja bukan sesuatu yang membangunkan anak bangsa. Dialog dialog seperti "You ni power la sayang" dan "Sekarang turn kau pulak main dengan dia" adalah setaraf cerita cerita rempit rempit romen romen. "Dia pilih KLCC dowh dari aku" adalah sebahagian dari deleted scene aku agak.

Artikel dari sini

Kemudiannya, statementnya bahawa dia mengutip RM 2 juta dalam satu hari. Eyh, man, hell sama kau. Bukan kau tentukan berapa kutipan. Tunggu keputusan rasmi FINAS la wey! Syok sendiri. Menurut sini, ada tayang screenshot seat untuk tayangan filem. Pergh, kosong. Orang pergi memang nak beromen je bang oi dalam panggung tengok cerita kau. Sini dan sini pula tunjuk kutipan filem hanyalah RM200k something. Eyh, ok la tu bang. Tayang 6 tahun dekat panggung wayang gambar (pawagam) dapatlah RM 40 juta ye dak?

Kepada yang merasa meluat membaca catatan di atas, mungkin kerana isunya sendiri atau kerana gaya penulisan aku, mari kita tonton sedikit hicuran di bawah.






Sebesar besar kredit aku tujukan kepada siapa yang buat.

Ok, sekarang isu serius sikit. Semalam aku dan adik aku dan mak aku duduk semeja makan malam. Kemudian, adik aku terpetik isu ini. Mak aku lantas memangkah kami, kerana katanya kenapa nak dengki dengan Melayu nak berjaya. Contohilah kejayaan dia. Selepas adik aku cakap biarlah hidup miskin asal orang suka dengan kita, aku mencelah. Betul kata adik aku. Hidup bukan semata mata kerana kejayaan atau harta atau yang sedemikian. Kalau kaya, tapi orang tak suka, sia sia. Rezeki tujuaanya adalah untuk pertama menguatkan tulang empat kerat agar mampu bangun dan mendirikan ibadah. Rezeki juga gunanya untuk kegunaan umat manusia sejagat. Apabila Barat keparat masuk, istilah rzeki diubah kepada harta dan konteksnya beralih kepada harta benda, materialism.

Kemudian, orang akan cakap, eyh, biarlah dia nak berjaya, bukan susahkan kau. Yes, berjaya means dunia akhirat. Untuk berjaya kedua dua, Allah s.w.t. berfirman "Hablumminallah Hablumminannas". Hubungan dengan Allah, dan hubungan sesama manusia. Maksudnya, Janganlah kata kubur masing masing, pasal hal hal nak dibawa ke kubur pun melibatkan hal sesama manusia. So, setinggi mana kedudukan, darjat, dan pangkat, kalau hubungan sesama manusia zero, then nothing. Sebab itu Islam menekan kuat amalan solat ke masjid. Bukankah solat di rumah pun mendekatkan diri kepada Allah? Ya, tetapi di masjid, kedua dua hubungan dapat disambung. Yes, ini peringatan kepada kau dan aku. Aku pun malas padahal, tapi marilah kita sama sama cuba memperbaiki diri. Renung renungkan dan selamat beramal! Ciao.

Manchester United

Ya, pagi tadi. Aku bangun. Niat, bola. Pasukan Manchester. Rancangannya untuk layan Man United sambil sambil layan Inter kalah, lepas tu layan Spurs.

Tengok 5 minit, aku malas nak tipu hati aku. Man United sekarang memang tak terer langsung. Zaman terer adalah zaman Ronaldo-Tevex-Rooney. Masuk tang Berbatov, ada satu game je best, yakni kalahkan Spurs 5-2 season 2008-2009. Rooney-Tevez-Ronaldo-Berba. Sumpah itu last.

Lepastu, dia pi jual Ronaldo dan malas sign Tevez, tinggal Rooney sama Berbatov. Berbatov ni memang main macam babi buta betul. Skill ada, tapi main malas, baik pergi main street soccer.

Tapi, aku tetap sokong Man United. Sebab? Sebab...sebab...sebab... .

Ah, malas betul menaip, Cerita esok lusa. Tapi, memang Man United main sekarang tak kick. Blackpool sumpah cool. Lawa main. Cuma result tade. Macam Arsenal.

Monday, November 22, 2010

Parody, Israel Dan Gadis Bermulut Muncung.

Ok. Masuk cuti ni nafsu aku nak apdet blog memang tak ghairah langsung. Langsung!

Cuma, lepas baca blog marhaen ni, ada la satu dua isu aku teringat dan nak kupas.

Ok, pertama. Pasal apa makwe makwe suka tangkap gambar bibir muncung? Pasal apa pasal apa???!!!

Ok, kedua. Sejak bermenjak isu freemason, The Arrival, iklan TV3 dan Faking Astro menjadi fenomena, orang Melayu terutamanya menjadi terlalu obses. Obses! Obes.

Segala galanya mahu dikaitkan dengan freemason. Kononnya itu ada hidden message, ini ada subliminal message. Damn! Yes, obses is not a sin. Tapi, beragak agak la nak kaitkan pun. Ini tidak. Asal nampak apa benda bentuk segitiga sikit, terus cakap itu piramid la apa lancau la. Kalau memang betul benda tu obvious, contoh macam cerita Harry Potter, pasal bentuk Deathly Hallow tu. Yang itu betul la freemason. Cerita cerita mat salleh memang la ada depa selitkan sikit.

Tapi kalau pasal bentuk nasi lemak bungkus macam piramid pun nak kaitkan, mati la bang. Kalau tak buat bentuk tu, takkan nak lipat kertas minyak nasi lemak tu jadi bentuk bulat ke, petak ke pulak. Nak kaitkan tu, beragak agak la. Biarlah rasional.

Ok, apa pun, Happy One Year sayang! Ciao.

Saturday, November 20, 2010

How Long Does It Takes For You To Solve A Cubic? Then, Watch This Kid

Ya. Aku pernah selesaikan dalam masa sehingga-penat-atau-putus-asa dan itupun satu permukaan saja setel. Aku memang tak reti main cubic. Hasif Simphonia reti. Terer.

Tapi budak dalam video ni memang terer gila babi. 7 saat. Satu tangan. Dan cubic 5x5. Yes! Bukan 3x3 macam kita selalu main. This is seriously shit dude!




So Bepul, anggap ini entri untuk kau. Haha.

Seperti biasa, video dirembat dari Yahoo! News. Ya, saya tengok dan baca Yahoo! News. Lame bukan?

Friday, November 19, 2010

When The English Shows Their Frat For The Fat Cat


English joke is seriously serious. From Cat In The Hat for Don Capello the brat.

Credit to The Sun

When Nani Acts As Stupid As Usual

That's why when Man United fans see Nani as Ronaldo's replacement, he will do anything to achieve that expectation. Including stoping Ronaldo from scoring a WONDERFUL GOAL!

Itu Khamis pagi aku bangun nak menonton bola. Rupa rupanya ada Portugal lawan Spain dalam usaha mereka untuk mempromosikan their 2018 World Cup joint-bid. Pada mulanya aku malas nak tengok pasal dah konpem konpem Spain menang. Tapi sebab game lain semua macam sial bosan (Yes, I'm referring to fucking Englad Capello), jadi aku tengok ini game.

Portugal bermain dengan sangat fantastic. So fantastic. Their passes, pace. Overall, Portugal is the better team. Semoga Paul Bento berjaya mengekalkan corak permainan Portugal ini.

Tapi the focus of the game is the goal effort made by Ronaldo, leaving behind several defenders, with some skill, he lobbed Casillas (ah, macam mana entah eja nama menatang ni). Then, when the wonderful goal is an inch before it happened, Nani datang untuk membatalkan goal itu. Dia datang, melompat, dan menanduk bola yang sudah berada di atas garisan, dan dia sedang offsaid!

Stupid Nani.

Dan surely Ronaldo was fucking-damn furious. Mad. Angry. Paranawei. Korupsi. Semuanya bermain di benak fikiran Ronaldo.

So Nani, by emulating your expectation doesn't mean you have to be better or stupid!

This is the video, courtesy from RTM.

Thursday, November 18, 2010

Entri Khas Untuk Afiqah Mazlan

Ha, amacam? Tak percaye r? Kihkihkih

Cuba Kau Fikir Logik Saja Lah

"Kalau kambing, satu tempoh bersalin ambik masa dalam 15o hari. Dah tu, biasa bersalin 2-3 ekor saja. Tak untung beb," celah Hamdan. Hamdan ini dengar cerita mencuri dari kedai cina saja. Tak mahu susahkan anak melayu berniaga alasannya.

"Er, dah tu? Kalau lembu?" soal Majid diselubungi perasan bersalah pula tiba tiba.

"Lembu aku tak sure, tapi aku sure mesti lagi lama. Anak dia pun kurang dari anak kambing. Leceh," masih Hamdan cuba meyakinkan Majid.

"Tapi, lembu dengan kambing ini at least boleh buat susu, boleh kasi jual. Tak dapat jual, bagi minum sendiri pun kuat tulang." Nada Majid walau yakin tapi masih berbelah bahagi. Masih mahu didengarnya cadangan kawannya.

"Ala, berapa sangat saja pun dapatnya kan? Kan kan?" -Hamdan-

Ah, kali ini Majid tak mampu menahan lagi. Semakin runsing pula difikirkannya. Beginilah nasib anak Melayu. Asal mahu dimulakan perniagaan, was was sana, was was sini memang menjadi kelaziman.

"Habis tu, nak berniaga apa?" Dahinya nampak kerut semasa bertanyakan persoalan itu kepada Hamdan.

Hamdan perasan akan air muka yang bermain di raut wajah Majid. Lalu, dimulakan langkah pertamanya.

"Kau pernah dengar Uptrend?

Dub. Dab.

Satu. Dua. Dan.....tiga. Tiga tumbukan padu tepat di rusuk rusuk Hamdan oleh Majid.

Baguslah Majid, walaupun Melayu yang selalunya diprejudiskan sebagai lemah berniaga, tapi tahu mana halal mana haramnya berniaga.

"Ok ok, aku bergurau. Ini ada bisnes baik punya. Ini Melayu jarang join. Bukan MLM. Bukan skim cepat kaya. Tapi memang cepat kaya," Hamdan menyambung kata kata dalam serak dan senak dengan darah masih di celah gigi.

"Hah, bisnes apa lagi?" Majid kembali kepada mode terpinga.

"Buat ternakan. Kena rajin sikit la. Tapi, ini, tak macam lembu kambing. Dalam setaun 3-4 kali beranak. Dah tu, dalam sekali beranak, boleh dapat belas belas anak woo," ulas Hamdan cuba membina semula reputasi yang sudah tercalar.

"Nak bagi makan pun senang. Diorang ini makan tak cerewet sangat. Dulu masa aku sekolah Tingkatan Satu, sisa makanan dekat dewan makan itu ada orang ambik petang petang. Buat baja jadi makanan binatang ni," sambung Hamdan.

Majid nampak tertarik. Dia mencelah, " Eh, itu bagus tu. Jimat. Jimat kos. Lagipun, daripada membazir buang sisa tu, baik bagi makan diorang ni ye dak? Eh, binatang apa ni?"

"Ternak babi."

Majid minta diri untuk pulang dan berfikir dalam dalam dulu katanya. Dia juga kata nak kira duit dalam akaun bank dulu.

Tuesday, November 16, 2010

Minggu Lepas Minggu Peperiksaan

Minggu lepas rekod paling banyak viewpages pernah aku terima. Minggu lepas pun banyak gila post aku posted. Beberapa, dan post yang rajin rajin belaka, kerana melibatkan gambar gambar yang macam macam dan video video.

Tetapi minggu ini, satu entri pun aku tak ada idea.

Ya, peperiksaan punca stress. Stress. Dan stress melahirkan idea yang macam macam.

Saturday, November 13, 2010

Hotel 15 Tingkat Dalam Masa 6 Hari!

Ini sememangnya totally, what-the-heck. 15 tingkat dalam 6 hari? Seriusli dude, why in a rush?

Tapi, aku suspect, is it totally safe? Not to judge it or apa, tapi if this is safe macam other building, then salute goes to the Chinese people. Chalo bette!






If anything sounds impossible, leave it to the Chinese.


Laporan asal aku petik dekat sini

Walau Telah Meninggalkan United, Hati Tevez Tetap Merindui Saat Saat 'Manis' Di Sana


Foul play by Tevez.





Looking for a ball meh?

Credit to The Sun

Friday, November 12, 2010

Oprah Winfrey

Pertama kali aku dengar nama dia masa kecik kecik dulu, aku pelik. Kenapa orang putih sanjung sangat dia ni? Bukan ke dia ni berlakon dalam TV2 je ke?

Owh, bila aku dah pandai naik basikal gear dalam darjah 5, baru aku ada Astro dekat rumah.

Rupa rupanya, Oprah Winfrey ni dekat Amarika sane. Aku ingat yang duduk berlakon cerita Opah dekat TV2.

Pasal apa aku duduk cerita pasal dia? Pasal dia ni duit tak putus putus. Satu hari nak dekat USD 1 million. Aku, satu kali hidup pun, tak sure dapat satu juta ringgit. Dia sangat berjaya. And for the entah ke berapa kali dah, dia kekal unggul wanita terkaya di dunia dalam bidang hiburan.

Walaupun kaya, dia tak lokek, atau lopek. Satu sekolah kepimpinan untuk perempuan dibina di Afrika Selatan untuk membantu awek awek Afrika menjadi seorang orang.

Kalau kita tengok Hollywood sana, hotties hotties yang hot gila akan cakap motivasi bahawa usaha tangga kejayaan. Damn you! Depa semua talent dan raut wajah yang hangat memang la ada advantages.

Tapi bukan Oprah. Dengan raut wajah yang tak lawa, tak pandai menyanyi, dan tidak hotties, she's the RICHEST and MOST POWERFUL. Kisah hidup dia boleh la ajar aku dan kau kau yang tak ada talent mahupun raut wajah Nora Danish untuk berjaya.

Oprah, congratulation and thank you for being such an aspiration.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Ok tipu. Ni Maimon Mutalib. Dia berlakon real nak mampos. Muka macam Bonda sekolah aku dulu.





Ini baru ye Oprah. Cuma, kalau lakonan, best lagi Maimon Mutalib kot.

Thursday, November 11, 2010

Lelaki Bermafla Dari Manchester

Lelaki itu datang melangkah. Di lehernya ada mafla. Menoleh ke kiri, dia melihat ke skrin kaca TV.

"Eyh, Man City lawan United. Aku terlupa syiallll..." nadanya penuh slanga KL loghat Mancunian.

"Minit 56 dah. Macam mana aku boleh tak ingat ada game malam ni," ucapnya lagi kepada rakannya di sebelah yang tiba bersamanya tadi.

"Eyh, first half ke second half ni?" tanya lelaki bermafla.

*****

Tak apa Ferguson, walaupun game ini bosan macam gampang, dan lelaki bermafla banyak komen tentang minat setianya kepada Man United, fesyen gaya masa kini dan tidak habis habis memuji gaya permainan Sylvinho (diam sama kau! Sylvinho dah tak main City da la gila!), tetapi saya tetap berpuas hati tidak kalah kepada jiran bising. Ini saya cakap, bukan lelaki bermafla tadi.

Nice quote from BBC by the way.

"Not to say that neither side deserve to lose, but certainly neither side really
deserve to win based on the play."

Lelaki lelaki di bawah ini, seorang lelaki Mariah Carey, dan seorang lagi, jaga Nani sambil nyanyi lagu Mariah Carey.

Lelaki bermafla tiada gambar.





Nick Cannon. Pelakon Drumline. Rapper. Laki Mariah Carey.





Jerome Boateng. Pemain Man City. Rapper sometimes. Bukan lelaki Mariah Carey.

Wednesday, November 10, 2010

When The Future Is Not So Bright

International Monetary Fund (IMF) adalah sebuah organisasi yang menyelia sistem kewangan dunia dalam bentuk makronya. IMF juga berperanan memberi pinjaman kepada negara negara yang memerlukan melalui World Bank, sebuah bank dunia. Kelihatannya seperti peranan mereka adalah murni. Memberi pertolongan kepada negara negara yang ingin mendapatkan bantuan kewangan.

Based di Washington D.C, IMF dan World Bank bagaimanapun tidaklah semanis yang dilihat. Pertamanya, penekanan water privatization oleh Bank Dunia kepada negara negara peminjam menyebabkan kekangan hidup kepada masyarakat. Ini bermakna, air adalah sesuatu yang akan diswastakan, dan harga akan melambung tinggi. Dan sudah tentu syarikat swasta tadi ada sangkut paut kroni sama World Bank. Negara negara yang meminjam juga akan menjadi jajahan IMF ini secara halus kerana hutang yang mereka tanggung.

So, why the hell on earth aku bercakap tentang ini? Well, apparently, most of Third World Country are in debt with this stupid IMF. Berhutang dengan IMF bermakna negara perlu mengikut telunjuk dan acuan IMF, dan ini sedikit sebanyak merupakan salah satu cabang jajahan yang cuba dilaksanakan oleh mereka. Memandangkan IMF sedikit sedikit adalah bawah UN, maka tidak disangkal bahawa IMF adalah kepunyaan Yahudi Zionis, dan bentuk jajahan mereka adalah menjerumus kepada Zionism mengikut Protocol Of Zion.

Negara kita bersyukur sekurang kurangnya kerana kita tidak berhutang dengan IMF mahupun World Bank. Walaupun kita pernah mengalami gawat yang ganteng dan teruk semasa Asian Financial Crisis 1997, kita tidak mengambil hutang dengan World Bank seperti kebanyakan negara negara lain. Kenapa? Kerana Tun Mahathir melarang sekeras kerasnya walaupun dicadang hebat oleh Timbalannya ketika itu, Anwar Ibrahim. Kenapa? Kerana Mahathir sudah nampak ke mana hala tuju negara sekiranya hutang piutang itu berlaku. Musnahlah integrasi dan acuan negara kita. Seperti Indonesia. Kalau murtad pun dah tak jatuh hukum apa apa pasal sistem DEMOKRASI mereka meletakkan agama di bawah sistem pemerintahan dunia.

Tetapi, kenapa Anwar Ibrahim beria ia benar menyuruh kita meminjam sama IMF? Kerana hubungannya sama mereka. Anwar Ibrahim seperti sedia maklum adalah kawan baik Paul Wolfowitz, bekas Presiden of World Bank. Oh, dan juga rakan kepada Al Gore. Threesome ini seperti sedia maklum mempunyai kisah skandal masing masing. Lanjutan bacaan boleh dilakukan di blog Jejak Pujangga dan lain lain Google ikut rajin engkau. Cumanya, apa yang ingin aku katakan, beria ia benarnya Anwar menyarankan pinjaman itu seperti bermaksud a hidden message is there. Kau pasti tahu bahawa media media di luar sana semuanya menyanjung Anwar Ibrahim ini. Malah, TIME Magazine pada tahun 2008 pernah mengangkat dia sebagai salah seorang manusia paling berpengaruh di dunia. On the ticket of? Promoting DEMOCRACY to the South-East Asia. Motherf***er a**hole! Propaganda Yahudi terlalu besar untuk ditutup dengan tangan atau alas meja.

Aku tak mahu mengulas panjang pasal aku tak reti nak create ending pada tulisan ini, tapi aku tinggalkan engkau orang dengan sedikit jalan untuk kau orang berfikir dan menuju ke kesudahannya. Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri (atau Presiden kerana dia pernah cakap mahu menjadi Presiden Malaysia pertama), Malaysia menjadi peminjam IMF, Malaysia dijadikan balaci IMF, isu halal haram murtad agama semua letak tepi, Malaysia seperti Singapore menjadi sekutu Israel, dan kiamat berlaku sebelum Islam sempat bersinar semula di Malaysia. Maka, apa jadi pada kita semua Melayu Islam?

Nanti panjang akal aku sambung pada isu demokrasi, sistem beraja dan Homer Simpson.

Let's Have A Riddle

Bersempena dengan Edward Nygma lakonan Jim Carrey dari filem Batman Return, mari kita bermain satu riddle.

The Riddle:

It is fun, and it start with 'F' and ends with 'UCK'.

Apa dia?

Malaysia Vs Japan Asian Games

Entah. Aku tak tengok pun game ni pasal aku ada dekat rumah sewa. Tak teringat pulak nak pegi mamak tengok. Ah, mamak depan UiTM ni kalau tak pasang Hindustan nyanyi nyanyi, pasal Mari Menari. Pandemic.

Jadi, kerana aku tak tengok perseteruan antara Harimau Malaya lawan Samurai Biru ini, maka tidak adil untuk aku komen. Kalau bagi pendapat based on result, ok la kot. 2-0, berbelas belas first team injured, ok lah. Arsenal kalau Fabregas sorang injured pun dah buat alasan.

Apapun, jersi Malaysia tetap a**hole!

Tuesday, November 9, 2010

Air Supply Live In Kuantan

Ya, Air Supply akan membuat konsert di Kuantan 18 Nov ini, minggu depan, sehari selepas aktiviti beramah mesra dan melapah daging korban bersama orang orang Indera Mahkota. Memang tak kejadah langsung. Langsung. Selepas kejayaan Konsert Red Amy Search sama Awie sama Ella itu hari, Air Supply melihat Kuantan sebagai prospek terbesar untuk membuat konsert.

Kalau kamu itu pernah sekolah Semsas, dan pernah dirotan sama Uncle Rizam Jabar, kau harus tahu Air Supply. Uncle Rizam Jabar, selain merotan budak dan memarahi Shauqi, Safarwan dan Kamal Ashraf, juga merupakan seorang peminat tegar Air Supply, sehinggakan pelajar pelajar kelas Inggeris Set 1 dan 2 dulu kena paksa nyanyi lagu ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut, tengok sini. Owh, ini maklumat lanjut tentang konsert. Bukan tentang Uncle Rizam. Uncle Rizam last dengar bukak stesen minyak dan memakai kereta Harrier. Besar tu.

Untuk mengimbas sedikit sedikit kenangan bersama Uncle Rizam, tonton video di bawah dan sing along. Lirik boleh didapati di merata rata Google.

Air Supply - All Out Of Love

Monday, November 8, 2010

Kenapa Chelsea dengan Kelantan Ini Menang Piala

Semalam masa aku amati Chelsea punya game lawan giant-killer Liverpool tu, aku terperasan satu faktor pemenang. Benda ini tak boleh sangkal pasal B. Sathianathan pun semacam setuju. Sebab itu dia jadi pundit semalam game tu. B (Ehsan cakap budak budak Kelantan panggil dia B, macam makwe pakwe) ini dihormati pasal menang Piala Malaysia itu hari.

Jadi, selain Hai-O yang menjadi sebab kukuh kemenangan Kelantan, aku juga macam rasa seorang lagi pemain menjadi tunjang. Malah, dia menjadi tunjang untuk kemenangan liga Chelsea musim lepas juga.

.
.
.
.
.


Indra Putra Mahyuddin, tersenyum riang. Pemain yang kerap sekali ditemui di Kuantan Parade, Kuantan sedang merokok dan bersnuker.


Indra ketika mewakili Kelantan



Indra Putra mewakili Chelsea



Bersama Chelsea ketika menentang Man United

Mungkin Pahang tidak pernah relegated juga banyak berterima kasih kepada beliau. Terima kasih Indra Putra Muhyidin Yasin.

Sunday, November 7, 2010

Saya Ada Magis Dalam Saya, Semua Yang Saya Sentuh Menjadi Emas



Rivers Cuomo ini darah Itali-Inggeris-Jerman, nak tinggal dekat Beverly Hills, tapi apa pasal ada kaitan sama Rajinikanth pulak ni?

Magis gile.

Friday, November 5, 2010

Memilih Raya Mana Yang Lebih Meriah (Entri Sempena Deepavali)

Entah, aku pun tak tahu apa raya yang dipilih masa pilihanraya. Yang aku tahu pilih parti atau calon.

Ok, sini sudah semestinya cerita yang aku nak cakap adalah pasal pilihanraya di negara 'demokrasi' kita. Tapi, memandangkan aku exam esok pagi, dan buku ini baru separuh baca, suku paham, jadi aku cakap sikit dulu.

Meraih undi. Ya, parti parti perlu meraih undi dari pengundi agar mereka dipilih untuk dipangkah semasa mengundi. Dan dalam meraih undi, kata kata dan janji janji akan dilontarkan. Parti ini janji ini, parti itu janji itu.

Tapi, apa jaminannya janji itu janji ini ditunaikan? Kalau kau janji berdating pukul 2 pun kau kadang kadang lambat setengah jam. Inikan pula kalau kau janji benda benda yang tak masuk akal dan juta juta. So, kepercayaan memainkan peranan. Kepercayaan boleh dicapai dari pengalaman. Kalau dulu kau pernah berjanji dan kau tunaikan, maka orang akan percaya. Tapi kalau kau pernah berjanji dan kau juga pernah kencing, maka kau berbau hancing.

Masih meraih undi, asal undi dicapai, apa sahaja akan dilakukan. Seperti aku cakap sebelum ini, matlamat seperti menghalalkan cara. Jadi, parti parti ini akan membeli undi. Ya, jangan nafikan. Semua parti membeli undi. Mereka ada duit yang banyak. Instead of berhabis duit membeli alatan kempen, yang belum tentu mampu meraih undi, why don't they beli sahaja undi undi ini tadi. Direct result for the voters as well, instead of menunggu janji janji untuk ditunaikan. Dapat cash live.

Jadi, parti mana yang lebih busuk dalam membeli undi ini? Semua parti yang terlibat sama busuk. Cuma, parti yang menang bertanding busuknya lebih berharga, manakala parti yang busuk satu lagi merasa lebih busuk pasal kalah.

Maka, tindakan tuduh menuduh antara parti akan berlaku. Ass***e you! Politik itu sendiri busuk. Demokrasi itu punca busuk. Dan orang orang politik itu menyebarkan kebusukkan.

Suara ramai tidak boleh dijadikan asas kepada pembentukan sebuah pemerintahan. Kenapa? Nanti next post aku ulas. Exam esok kang tak dak parti mana mana pun boleh tolong. One more ass-fuc***g-ho*e!

Owh, ya, Selamat Deepavali belaka.

Wednesday, November 3, 2010

Antara Cita-Cita Politik Dan Agama Bahagian Satu

Senario politik masakini, matlamat menghalalkan cara. Asalkan matlamat dicapai, apa cara sekalipun dibolehpakaikan. Ya, inilah juga prinsip komunisme. Berbuat apa sahaja untuk mencapai cita cita.

Di sini, saya tidak menegakkan kerajaan, mahupun pembangkang. Tapi cuba kita semua diam, pejam mata, dan lihat dari sudut paling neutral. Kita perlu rungkai satu per satu pros dan cons kedua dua belah pihak agar mendapat gambaran dan situasi sebenar keadaan.

Sesungguhnya, sejak Tun Mahathir meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri, kondisi politik kita makin hari makin carca marba. Semakin banyak isu dibangkitkan dan semakin genting perhubungan yang senantiasa cuba dijernihkan sekian lama. Kaum lain mula berani mempertikaikan agama Islam. Saya tidak berlaku rasis atau prejudis, tetapi sebagai penganut agama saya, saya perlu bangkit dan tegakkan hak dalam agama saya. Isu IFC (Interfaith Council) telah dibangkitkan, diambil kira dari olahan IRC (Inter Religion Council). Jika dilihat dari matlamatnya, ya, cukup indah. Meletakkan semua agama di bawah satu bumbung yang harmoni dan saling bekerjasama. Ok, semua pertubuhan ditubuhkan dengan objektif yang indah indah belaka.

Tetapi, jika diperhalusi dalam dalam, matlamat nya adalah membuat suatu undang undang yang disepakati semua agama atas dasar hak asasi manusia. Apa itu hak asasi manusia? Hak asasi manusia adalah bila mana suara kita didengar dan dikota segala keinginan yang 'bersesuaian' dengan hak kita. Seperti contoh, saya ada hak untuk saling menyayangi sesiapa pun, maka saya ada hak untuk menjadi gay. Amacam? Adil bukan? Itulah hak asasi manusia. Hak yang disuarakan adalah based on keinginan dan kepuasan diri. Sebab itu, Tuhan telah menurunkan agama kepada manusia. Berbaliklah kepada setiap agama, tiada agama yang mengetengahkan wrongdoing dalam ajaran mereka. Kita perlu sentiasa berbuat baik sesama makhluk agar hidup harmoni itu dapat dicapai. Dan keharmonian itu adalah based on law yang telah ditetapkan oleh agama masing masing.

Apa tujuan sesebuah agama? Adalah untuk menjagi guideline atau panduan hidup kepada penganutnya. Tetapi, berbalik kepada isu IFC tadi, sepertinya agama mahu diubah pula peraturannya oleh manusia. Ya, inilah hak asasi yang kamu semua perjuangkan. Meletakkan agama di belakang cerita agar keinginan dicapai. Matlamat keinginan telah menghalalkan cara membelakangkan agama bukan?

Ok, saya kupas sedikit isu dalam IFC ini.

Pertama, mereka mahu anak sebelum 18 tidak ditetapkan agama. Wah, betul juga tu. Anak anak tadi masih belum matang untuk menetapkan agama mereka sendiri bukan? Berfikir secara atheis, maka itulah hasilnya. Dalam Islam, anak diajar supaya mendirikan solat seawal usia 7 tahun, dan dikehendaki merotan pada usia 10 tahun jiga enggan. Kenapa? Untuk mendidik jiwa peribadi supaya menjadi insan yang berguna. Ok, kalau kata saya bias kepada Islam, kita lihat overall. Kristian mengkehendaki anak yang baru lahir agar dibaptis dan diberi air Holy Water bukan? Eyh, bukankah anak kecil itu tadi masih belum mengerti apa apa untuk ditetapka agamanya? Think.

Lagi, ada juga isu agar bukan Islam dibenarkan untuk menggunakan perkataan perkataan suci Islam dalam percakapan mereka. Yang ini saya tidak berani ulas pasal saya bukan bujak pandai agama.

Isu seterusnya, program program berunsur Islam tidak dibenarkan dibuat dalam bahasa ibunda agama lain. Eh, nanti sekejap. Tadi mereka minta agar mereka boleh bercakap tentang agama kita, tetapi kita tidak boleh pula? Oh, itu bukan hak asasi sahaja, itu juga dikira sebagai keadilan. Ya, justice.

Lagi, Islam tidak disebut sebagai agama rasmi dalam hal hal awam seperti sekolah. Contohnya, tidak dibenarkan bertudung ke sekolah kerana katanya melanggar hak agama lain apabila ada yang memakai tudung. Menghina agama lain katanya. Tetapi, kalau tudung tidak dipakai, maka ianya pula menghina Islam, macam mana? Alamak, susah ni.

Lain lain boleh rujuk semula artikel IFC ini. Eh, tidak. Saya bukannya rasis agama. Saya terima kawan kawan Kristian saya, kawan kawan Hindu saya, kawan kawan Buddha saya. Kerana agama saya mengajar saya untuk menghormati agama dan budaya kaum lain. Tetapi, hal IFC ini bukan berkenaan ajaran agama lain atau budaya. Ini lebih kepada 'hak asasi manusia' yang mereka perjuangkan itu, kerana nanti senang apa yang mereka ingin kecapi, boleh dicapai dengan pantas.

Kalau saya nak cakap akan hak, saya mahukan satu juta dolar sekarang, kerana hak asasi manusia saya kata hak saya dicabuli sekiranya saya tidak dapat duit sebanyak itu. Ada mana mana orang sanggup tunaikan hak saya?

Back to your own religion, talk to your God, refer to your Quran, Bible, Torah, Veda, ajaran Sidhaurtama Buddha dan Tao dan Confucius. Semua bercakap tentang mulianya peribadi dengan garis panduan hidup.

Oh, dan jika sesiapa rasa saya main cakap ikut sedap mulut, kalau saya cakap ini 'hak asasi manusia' saya untuk bercakap, ada yang marah?

Apology in advance as this crap is just for reading and to make all of us think for a moment what has happened to our mother Earth. Oh, dan catatan ini bukan ditujukan kepada agama agama, tetapi kepada 'orang-orang' yang menggunakan agama ini untuk kepentingan mereka. Jangan terkejut, IFC ini disokong sendiri oleh ahli ahli politik Melayu yang katanya berfikiran terbuka dalam merencana hal ini. Susah juga kalau bijak pandai sangat. Cerita politik nanti aku sambung.

Tuesday, November 2, 2010

SPM Pun Kalah

Dalam banyak banyak peperiksaan, dari Ujian Akhir Tahun Darjah Satu, sampai la ke UPSR, PMR dan SPM, tiada yang mampu menggugat paper tadi.

6 soalan, jawab 4. 2 daripada 6 soalan tidak termasuk dalam silibus kami. Maka, hanya tinggal 4 pilihan, dan semestinya perlu dijawab belaka.

Dari 4 pilihan, 2 aku tak paham apa. Jadi, tinggal 2 pilihan.

Dari 2 pilihan, aku memilih Negeri Sembilan itu hari, pasal aku tak suka Kelantan. Negeri Sembilan kalah.

Maka, amat kukuh untuk aku risau akan exam tadi petang. Semoga Tuhan bersama aku.