Wednesday, November 3, 2010

Antara Cita-Cita Politik Dan Agama Bahagian Satu

Senario politik masakini, matlamat menghalalkan cara. Asalkan matlamat dicapai, apa cara sekalipun dibolehpakaikan. Ya, inilah juga prinsip komunisme. Berbuat apa sahaja untuk mencapai cita cita.

Di sini, saya tidak menegakkan kerajaan, mahupun pembangkang. Tapi cuba kita semua diam, pejam mata, dan lihat dari sudut paling neutral. Kita perlu rungkai satu per satu pros dan cons kedua dua belah pihak agar mendapat gambaran dan situasi sebenar keadaan.

Sesungguhnya, sejak Tun Mahathir meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri, kondisi politik kita makin hari makin carca marba. Semakin banyak isu dibangkitkan dan semakin genting perhubungan yang senantiasa cuba dijernihkan sekian lama. Kaum lain mula berani mempertikaikan agama Islam. Saya tidak berlaku rasis atau prejudis, tetapi sebagai penganut agama saya, saya perlu bangkit dan tegakkan hak dalam agama saya. Isu IFC (Interfaith Council) telah dibangkitkan, diambil kira dari olahan IRC (Inter Religion Council). Jika dilihat dari matlamatnya, ya, cukup indah. Meletakkan semua agama di bawah satu bumbung yang harmoni dan saling bekerjasama. Ok, semua pertubuhan ditubuhkan dengan objektif yang indah indah belaka.

Tetapi, jika diperhalusi dalam dalam, matlamat nya adalah membuat suatu undang undang yang disepakati semua agama atas dasar hak asasi manusia. Apa itu hak asasi manusia? Hak asasi manusia adalah bila mana suara kita didengar dan dikota segala keinginan yang 'bersesuaian' dengan hak kita. Seperti contoh, saya ada hak untuk saling menyayangi sesiapa pun, maka saya ada hak untuk menjadi gay. Amacam? Adil bukan? Itulah hak asasi manusia. Hak yang disuarakan adalah based on keinginan dan kepuasan diri. Sebab itu, Tuhan telah menurunkan agama kepada manusia. Berbaliklah kepada setiap agama, tiada agama yang mengetengahkan wrongdoing dalam ajaran mereka. Kita perlu sentiasa berbuat baik sesama makhluk agar hidup harmoni itu dapat dicapai. Dan keharmonian itu adalah based on law yang telah ditetapkan oleh agama masing masing.

Apa tujuan sesebuah agama? Adalah untuk menjagi guideline atau panduan hidup kepada penganutnya. Tetapi, berbalik kepada isu IFC tadi, sepertinya agama mahu diubah pula peraturannya oleh manusia. Ya, inilah hak asasi yang kamu semua perjuangkan. Meletakkan agama di belakang cerita agar keinginan dicapai. Matlamat keinginan telah menghalalkan cara membelakangkan agama bukan?

Ok, saya kupas sedikit isu dalam IFC ini.

Pertama, mereka mahu anak sebelum 18 tidak ditetapkan agama. Wah, betul juga tu. Anak anak tadi masih belum matang untuk menetapkan agama mereka sendiri bukan? Berfikir secara atheis, maka itulah hasilnya. Dalam Islam, anak diajar supaya mendirikan solat seawal usia 7 tahun, dan dikehendaki merotan pada usia 10 tahun jiga enggan. Kenapa? Untuk mendidik jiwa peribadi supaya menjadi insan yang berguna. Ok, kalau kata saya bias kepada Islam, kita lihat overall. Kristian mengkehendaki anak yang baru lahir agar dibaptis dan diberi air Holy Water bukan? Eyh, bukankah anak kecil itu tadi masih belum mengerti apa apa untuk ditetapka agamanya? Think.

Lagi, ada juga isu agar bukan Islam dibenarkan untuk menggunakan perkataan perkataan suci Islam dalam percakapan mereka. Yang ini saya tidak berani ulas pasal saya bukan bujak pandai agama.

Isu seterusnya, program program berunsur Islam tidak dibenarkan dibuat dalam bahasa ibunda agama lain. Eh, nanti sekejap. Tadi mereka minta agar mereka boleh bercakap tentang agama kita, tetapi kita tidak boleh pula? Oh, itu bukan hak asasi sahaja, itu juga dikira sebagai keadilan. Ya, justice.

Lagi, Islam tidak disebut sebagai agama rasmi dalam hal hal awam seperti sekolah. Contohnya, tidak dibenarkan bertudung ke sekolah kerana katanya melanggar hak agama lain apabila ada yang memakai tudung. Menghina agama lain katanya. Tetapi, kalau tudung tidak dipakai, maka ianya pula menghina Islam, macam mana? Alamak, susah ni.

Lain lain boleh rujuk semula artikel IFC ini. Eh, tidak. Saya bukannya rasis agama. Saya terima kawan kawan Kristian saya, kawan kawan Hindu saya, kawan kawan Buddha saya. Kerana agama saya mengajar saya untuk menghormati agama dan budaya kaum lain. Tetapi, hal IFC ini bukan berkenaan ajaran agama lain atau budaya. Ini lebih kepada 'hak asasi manusia' yang mereka perjuangkan itu, kerana nanti senang apa yang mereka ingin kecapi, boleh dicapai dengan pantas.

Kalau saya nak cakap akan hak, saya mahukan satu juta dolar sekarang, kerana hak asasi manusia saya kata hak saya dicabuli sekiranya saya tidak dapat duit sebanyak itu. Ada mana mana orang sanggup tunaikan hak saya?

Back to your own religion, talk to your God, refer to your Quran, Bible, Torah, Veda, ajaran Sidhaurtama Buddha dan Tao dan Confucius. Semua bercakap tentang mulianya peribadi dengan garis panduan hidup.

Oh, dan jika sesiapa rasa saya main cakap ikut sedap mulut, kalau saya cakap ini 'hak asasi manusia' saya untuk bercakap, ada yang marah?

Apology in advance as this crap is just for reading and to make all of us think for a moment what has happened to our mother Earth. Oh, dan catatan ini bukan ditujukan kepada agama agama, tetapi kepada 'orang-orang' yang menggunakan agama ini untuk kepentingan mereka. Jangan terkejut, IFC ini disokong sendiri oleh ahli ahli politik Melayu yang katanya berfikiran terbuka dalam merencana hal ini. Susah juga kalau bijak pandai sangat. Cerita politik nanti aku sambung.

4 comments:

  1. memang betui la, hak asasi kita nih tak diketatkan. tiada hak untuk bersuara sebenarnya. negara demokrasi ka kalau macam nih?

    ReplyDelete
  2. Yes, seorang lawyer setuju sama saye. Nanti aku cerita pasal demokrasi dan hak bersuara. Buat masa sekarang, aku fokus pada paper dulu. Haha

    ReplyDelete
  3. kita sepatutnya sudah setaraf negara-negara besar seperti us sekiranya diberi kebebasan bersuara. Malaysia ni amat menjaga tatasusila rakyat sehingga tak cakna terhadap perkara-perkara yang berlaku dalam masyarakat.

    ReplyDelete