Thursday, November 25, 2010

Alam Manusia Di Bumi, Alam Angan Angan Di Rozmey

Ok, terus aku dapat mood nak menulis.

Siapa ada terbaca di Google mana mana, akan ternampak ikon 1Malaysia dR. Rozmey mengaku filemnya mengutip RM 2 juta pada hari pertama! Auuwww. Kelas you gitu.

Ya, itu katanya. Kalau mahu benar, kita kena ambil view 2 3 pihak untuk mendapatkan kebenaran yang tulus. Ye dak? Jadi mari kita review, mari mari.

Memandangkan aku belum tengok dan takkan pun tengok, jadi kita ambil pendapat wartawan yang rata rata lebih tahu menilai buruk baik sebuah filem.

Pertamanya, mamat-berlagak-rambut-macam-Justin-Bieber ini menyentuh tentang MELAYU. Yes, syukur aku masuk UiTM, aku sangat sensitif isu bangsa Melayu kerana Melayu itu Islam. Mamat-berlagak-rambut-macam-Justin-Bieber ini katanya industri filem tempatan sekarang hanya menjatuhkan bangsa Melayu dan wartawan pula tidak banyak memperjuangkan bangsa. Katanya lagi filemnya banyak menerapkan unsur kemajuan bangsa. Ready? WHAT-THE-FUCKINGSTON man! Based on banyak wartawan, cerita yang mengantuknya kalahkan drama dan 5 minit pertama dah ada muka dia sahaja bukan sesuatu yang membangunkan anak bangsa. Dialog dialog seperti "You ni power la sayang" dan "Sekarang turn kau pulak main dengan dia" adalah setaraf cerita cerita rempit rempit romen romen. "Dia pilih KLCC dowh dari aku" adalah sebahagian dari deleted scene aku agak.

Artikel dari sini

Kemudiannya, statementnya bahawa dia mengutip RM 2 juta dalam satu hari. Eyh, man, hell sama kau. Bukan kau tentukan berapa kutipan. Tunggu keputusan rasmi FINAS la wey! Syok sendiri. Menurut sini, ada tayang screenshot seat untuk tayangan filem. Pergh, kosong. Orang pergi memang nak beromen je bang oi dalam panggung tengok cerita kau. Sini dan sini pula tunjuk kutipan filem hanyalah RM200k something. Eyh, ok la tu bang. Tayang 6 tahun dekat panggung wayang gambar (pawagam) dapatlah RM 40 juta ye dak?

Kepada yang merasa meluat membaca catatan di atas, mungkin kerana isunya sendiri atau kerana gaya penulisan aku, mari kita tonton sedikit hicuran di bawah.






Sebesar besar kredit aku tujukan kepada siapa yang buat.

Ok, sekarang isu serius sikit. Semalam aku dan adik aku dan mak aku duduk semeja makan malam. Kemudian, adik aku terpetik isu ini. Mak aku lantas memangkah kami, kerana katanya kenapa nak dengki dengan Melayu nak berjaya. Contohilah kejayaan dia. Selepas adik aku cakap biarlah hidup miskin asal orang suka dengan kita, aku mencelah. Betul kata adik aku. Hidup bukan semata mata kerana kejayaan atau harta atau yang sedemikian. Kalau kaya, tapi orang tak suka, sia sia. Rezeki tujuaanya adalah untuk pertama menguatkan tulang empat kerat agar mampu bangun dan mendirikan ibadah. Rezeki juga gunanya untuk kegunaan umat manusia sejagat. Apabila Barat keparat masuk, istilah rzeki diubah kepada harta dan konteksnya beralih kepada harta benda, materialism.

Kemudian, orang akan cakap, eyh, biarlah dia nak berjaya, bukan susahkan kau. Yes, berjaya means dunia akhirat. Untuk berjaya kedua dua, Allah s.w.t. berfirman "Hablumminallah Hablumminannas". Hubungan dengan Allah, dan hubungan sesama manusia. Maksudnya, Janganlah kata kubur masing masing, pasal hal hal nak dibawa ke kubur pun melibatkan hal sesama manusia. So, setinggi mana kedudukan, darjat, dan pangkat, kalau hubungan sesama manusia zero, then nothing. Sebab itu Islam menekan kuat amalan solat ke masjid. Bukankah solat di rumah pun mendekatkan diri kepada Allah? Ya, tetapi di masjid, kedua dua hubungan dapat disambung. Yes, ini peringatan kepada kau dan aku. Aku pun malas padahal, tapi marilah kita sama sama cuba memperbaiki diri. Renung renungkan dan selamat beramal! Ciao.

6 comments:

  1. OMG!
    HAHHA.mmg dia syok sndri la :DD
    cte byk kne cut,
    mlayu ape ?
    bangang je

    ReplyDelete
  2. yang aku tak paham kat sini adalah satu je.. dari dulu aku terpikir.. nama betul dia ROMZEY ke ROZMEY? yang lain aku tak peduli..

    ReplyDelete
  3. ROZMEY kn name die. kalau nk manje sket, panggil rozy je bole bang~ hahaha

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya kan bepul, benda tu la paling kau tak payah paham. Aku rasa nama sebenar dia pekan. Tapi macam tak glemer, letak la name market sikit.

    ReplyDelete
  5. keh keh keh
    ak tau
    mesti ko da g tgk kn

    ReplyDelete
  6. ROZMEY nama black market ke?

    -bukan asip-

    ReplyDelete