Tuesday, November 9, 2010

Air Supply Live In Kuantan

Ya, Air Supply akan membuat konsert di Kuantan 18 Nov ini, minggu depan, sehari selepas aktiviti beramah mesra dan melapah daging korban bersama orang orang Indera Mahkota. Memang tak kejadah langsung. Langsung. Selepas kejayaan Konsert Red Amy Search sama Awie sama Ella itu hari, Air Supply melihat Kuantan sebagai prospek terbesar untuk membuat konsert.

Kalau kamu itu pernah sekolah Semsas, dan pernah dirotan sama Uncle Rizam Jabar, kau harus tahu Air Supply. Uncle Rizam Jabar, selain merotan budak dan memarahi Shauqi, Safarwan dan Kamal Ashraf, juga merupakan seorang peminat tegar Air Supply, sehinggakan pelajar pelajar kelas Inggeris Set 1 dan 2 dulu kena paksa nyanyi lagu ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut, tengok sini. Owh, ini maklumat lanjut tentang konsert. Bukan tentang Uncle Rizam. Uncle Rizam last dengar bukak stesen minyak dan memakai kereta Harrier. Besar tu.

Untuk mengimbas sedikit sedikit kenangan bersama Uncle Rizam, tonton video di bawah dan sing along. Lirik boleh didapati di merata rata Google.

Air Supply - All Out Of Love

4 comments:

  1. riizzaammm jaabbaaarrr pernah berkata sewaktu roll call... "kenapalah kamu tak pernah nak pakai kepala banar kamu??"

    ReplyDelete
  2. hahaha. siapa nih weyy? HEM hampa ehh bdk2 semsas. kahkah

    ReplyDelete
  3. Owh, tidak. Rizam Jabar bukan HEM. Dia adalah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. .masih ada yg ingat kat uncle rizam. Tq so much.

      Delete